Saya nampak tiada report berkaitan asap yang datang dari kalimantan ini sebagai asap, tetapi mereka panggil dia jerebu atau haze. Tetapi hakikatnya ialah asap dari kebakaran hutan yang todak terkawal. Ini bukan kabus, tetapi asap. Bacaan API pada pagi ini ialah sampai 357 di bahagian Serian, 293 di Kota Samarahan, 284 di Kuching, 215 di bahagian Sri Aman, dan sebagainya. Bacaan ini semua sudahpun melepasi garis tahap bahaya. Celxxxx betul orang yang suka bakar-bakar hutan secara besar-besaran seperti ini. Zaman sekarang, tidak perlu lagi bakar-bakar hutan untuk bercucuk tanam... “Asap kebakaran hutan dari Kalimantan telah merentas sempadan dan menyebabkan keadaan jerebu di Sarawak.” tetapi hakikatnya bukan jerebu lagi tetapi asap tebal sebab kita masih boleh hidu baunya sebagai asap. Dan berdasarkan keadaan semasa, ini bukan sekadar andaian bahawa asap datang dari Kalimantan — laporan terkini memang menunjukkan kebakaran hutan dan tanah gambut di beberapa kawasan Indonesia menghasilkan...
Intro Jatuh sakit adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia. Setahu saya, tiada manusia yang tidak pernah jatuh sakit, cuma keseriusan itu yang berbeza. Ada orang yang tenat dan ada yang ringan-ringan sahaja. Kadang-kadang kita sakit gigi, terutama dulu-dulu masa tidak tahu dan tidak peduli untuk menjaga kesihatan gigi. Sakit sendi-sendi, selsema, demam dan batuk-batuk itu biasa, macam ada musim dia. Ubat Batuk - Jenis Pil (Ini bukanlah ubat batuk secara langsung tetapi pil untuk mengawal sensitiviti dikawasan kerongkong kita) Selsema Musim Hujan Dalam bulan ini, saya sudah dua kali selsema. Biasanya bertahun-tahun tidak selsema biarpun menjalankan kehidupan harian tidak mementingkan jagaan kesihatan...main hantam sahaja..kadang-kadang tidak cukup tidur pun OK. Terkena selsema musim hujan dalam bulan ini. Malam malam keluar dan basah kena hujan dan lambat sampai ke rumah untuk mandi. Masuk ke dalam kereta dengan baju seluar basah, buka air con kereta lagi tu...hujung-hujung lep...